Isnin, 27 September 2021

Tips Bawa Baby Bercuti | MYA MOHAMAD

Sewaktu zaman bujang atau masih berdua dengan suami, jika terasa sahaja ingin pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara, pasti anda tidak akan berfikir panjang. Siapkan sahaja beg, beli tiket, dan anda bersama rakan-rakan atau pasangan tercinta akan terus berada di dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda.

Namun, setelah mempunyai anak, terutamanya yang baru lahir atau masih kecil, sudah pasti ia membuatkan anda ragu-ragu sama ada melancong adalah idea yang terbaik untuk anda. Jangan risau. Sebenarnya, dengan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi, aktiviti melancong anda tidaklah seteruk yang anda fikirkan.

Beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan apabila melancong dengan anak kecil, ada beberapa perkara asas yang anda perlu lakukan.

Tips Melancong Dengan Anak Kecil


Teringin untuk pergi melancong tetapi anak kecil anda membuatkan anda berfikir dua kali? Jangan risau. Ia tidak sesukar yang anda sangka. Jom tengok tips melancong dengan anak kecil yang kami kongsikan di sini!

Sewaktu zaman bujang atau masih berdua dengan suami, jika terasa sahaja ingin pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara, pasti anda tidak akan berfikir panjang. Siapkan sahaja beg, beli tiket, dan anda bersama rakan-rakan atau pasangan tercinta akan terus berada di dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian anda.

Namun, setelah mempunyai anak, terutamanya yang baru lahir atau masih kecil, sudah pasti ia membuatkan anda ragu-ragu sama ada melancong adalah idea yang terbaik untuk anda. Jangan risau. Sebenarnya, dengan perancangan yang teliti dan persiapan yang rapi, aktiviti melancong anda tidaklah seteruk yang anda fikirkan.

Beberapa perkara penting yang perlu anda pertimbangkan

Apabila melancong dengan anak kecil, ada beberapa perkara asas yang anda perlu pertimbangkan. Di antaranya ialah:

  • Destinasi pilihan anda – Adakah ianya di dalam negara atau di luar negara? Jika di luar negara, antara kos tambahan yang anda perlu sediakan adalah pasport untuk si kecil itu. Juga, terdapat kelengkapan tambahan yang perlu anda sediakan.
  • Tentukan pengangkutan anda – Jika anda ada anak kecil, pertimbangkan juga jenis pengangkutan yang anda bercadang untuk gunakan. Jika kapal terbang, berapa banyakkah transitnya? Berapa jam perjalanan? Jika menaiki kapal terbang atau kereta, adakah kerusi bayi anda cukup selesa untuk perjalanan jauh?

  • Ketahui jarak perjalanan – Berapa lama masa yang akan di ambil untuk anda sampai ke destinasi? Ketahui beberapa senarai barangan yang perlu anda sediakan untuk anak anda bagi keperluan sepanjang perjalanan.
  • Kemudahan di tempat penginapan – Jika anda bercadang untuk menginap di hotel atau homestay, pastikan anda ketahui beberapa aspek tentang hotel anda. Adakah ia mesra kanak-kanak? Adakah hotel anda menyediakan kemudahan keperluan untuk anak kecil.
  • Makanan untuk anak kecil – Selalunya hotel atau resort tempat anda menginap akan menyediakan makanan untuk para tetamu. Namun, adakah hotel tersebut menyediakan makanan untuk anak-anak. Jika tidak, pastikan anda membuat persiapan untuk makanan si kecil.
  • Sediakan perubatan kecemasan – Ini adalah antara yang sering di lepas pandang ketika melancong dengan anak kecil. Perkara yang tidak di jangka mungkin terjadi dan jika anda tidak membawa keperluan perubatan, seperti kotak kecemasan, amat sukar untuk anda mengatasi kecemasan tersebut.

Nak tahu tips tambahan yang akan memudahkan percutian anda bersama si kecil? Baca seterusnya.



Next
This is the most recent post.
Catatan Lama

0 ulasan:

Catat Ulasan