Isnin, 12 Julai 2021

TIPS JAGA ANAK KECIL | MYA MOHAMAD

Tips Untuk Jaga Bayi (Untuk Ibu Muda)

Assalam. Hai semua Mya nak kongsikan sikit tips bagi yang baru nak timang cahaya mata. Welcome to the panda club. Hehe good luck buat yang kuat tidur tu. (Tuju kat diri sendiri)

Mya just nak kongsi beberapa tips yang Mya sendiri belajar daripada anak Mya sendiri. Mya pun ibu baru jugak, just find out beberapa tips yang rasa relevan untuk memudahkan ibu-ibu baru lebih memahami bayi mereka.

1. Susukan dan terus tidurkan. Yup, kalau anda nak tidurkan anak, ada kerja nak dibuat, susukan dulu baru tidurkan dia. Bila dia lepas menyusu dan kenyang, jangan buang masa. Jangan main lagi dengan dia masa ni sebab kalau dia lapar balik, susah nak tidur. Sendawakan dan terus tidurkan.

2. Bila dia bangun dan terus menangis, susukan dulu sikit bagi hilang lapar baru mandi/tukar lampin dll. Jangan mandikan dalam keadaan lapar sebab nanti kesian dia asyik nangis je. Tak enjoy mandi.

3. Mandikan dengan air suam. Yup, baby suka sangat mandi dalam air suam. Kalau lagi bagus, beli besen mandi dan kerusi mandi. Bagi dia enjoy mandi. Tak kisah bayi anda umur berapa bulan, selagi boleh mandikan dia dengan air suam dalam keadaan happy.

4. Time bila nak main main dengan bayi anda? Bila dia bangun dari tidur. Kalau mood dia ok boleh main-main. Kalau bangun terus nangis, susukan dulu sikit bg hilang lapar, then boleh pujuk2 sambil dukung.

5. Setiap kali lepas menyusu kena sendawakan. Cara dia boleh google dan try satu2 untuk find out cara mana paling berkesan untuk bayi anda. Paling mudah letak je dalam keadaan meniarap dan gosok belakang dia. Kalau tak sendawa jugak, kalau nak tidurkan, pastikan sedikit mengiring atau letakkan dalam posisi kepala lebih tinggi daripada perut.

6. Kalau bayi selsema/batuk biasa-biasa, jangan bagi ubat sebaliknya kita yang makan makanan yang mengurangkan kahak atau kita makan ubat atas nasihat doktor. Kalau selsema/batuk teruk, terus ke klinik.

7. Tak perlu pakai mittens sangat. Mya tak pakai sebab bagi Mya, kalau bayi sentuh apa-apa dengan tangan dia, akan menghantar rangsangan ke otak, dan akan buat sel sel otak bergabung. Tapi pastikan kuku bayi pendek. Sebab mungkin dia akan mencakar muka kalau kuku panjang. Biasa bayi umur 2 minggu dah boleh potong kuku.

8. Tukar lampin secara konsisten mengikut kesesuaian bayi masing masing. Kalau bayi baru lahir biasa selalu berak. Kena selalu tukar. Mungkin boleh buat jadual setiap 4 jam. Sebab kalau lama mungkin kulit bayi akan gatal. Kesian dia gatal tak boleh garu.

9. Nak tidurkan bayi anda? Pastikan dia kenyang, lampin kering, dan cek semua yang patut. Kalau semua ok bayi akan mudah tidur.

10. Mya tak letak sangat bedak dekat badan baby. Sebab tak tahu function dia untuk apa. Cuma nak bagi wangi2 tu Mya letak jgk. Tak nak bagi berpeluh kata orang tua tapi tu tak bagus. Kalau untuk wangikan mungkin boleh letak sikit lotion atau minyak zaitun. Takut kulit bayi sensitif, daripada tak ada apa-apa takut jadi ruam.

11. Perut bayi kembung akan buat baby tak selesa dan mungkin menangis. Kalau Mya sapu minyak telon di perut, pusat, belakang badan, tapak kaki, belakang betis dan lutut. Sapu banyak2 sikit dan urut. Macam Mya memang dah standby herbal blend shaklee untuk ruam dan kesan cakaran. Selamat sangat sbb proven organic. Tenang nak sapu kat baby tau. 

Tu je antara tips simple yang Mya nak kongsikan. Harap boleh membantu walaupun sikit. Lets make our baby happiest baby in the world!

Okay Mya nak tambah kat sini selalu anak akan meragam kalau tak kenyang. Itu maksudnya mommy dia diet or tak makan ikut waktu. Ingat tau, mommy kembung anak 2 kali ganda kembung. Kalau mommy rasa tak de apa. Tapi untuk baby baru dyorang baru nak merasa kesakitan tu. Ada yang meraung 1 malam. 

Jadi nak elakkan perut mommy masuk angin minum ESP SHAKLEE anytime yang korang selesa. Maybe sebelum tunggu husband siapkan lauk berpantang or terlambat makan. Cepat2 minum ESP. 

Yang bagusnya ESP ni pekatkan susu badan kalau kita makan dengan vitamin kalsium Ostematrix shaklee susu anak pekat dan melimpah limpah.Insyaallah memamg penuh freezer. Masa ni baby memang kenyang gila. Bila baby kenyang baby akan tidur lama. 

Tak percaya kene cuba. Mya ada readystok Esp dan oatematrix tau.
 Contact je 010 891 9379

Kredit tu mommy baru iium ❤

0 ulasan:

Catat Ulasan