Ahad, 11 Julai 2021

5 CIRI PERSONALITI ORANG MENARIK | MYA MOHAMAD


5 CIRI PERSONALITI ORANG YANG MENARIK


Banyak individu yang wajah dan penampilan mereka biasa-biasa sahaja, namun mereka mempunyai banyak kenalan, kawan dan sahabat. 


Mereka itu popular, disukai ramai. Cakap mereka berpengaruh. 


Orang suka berada dengan mereka, suka berurusan dengan mereka. 


Orang suka bekerja dengan mereka, dan suka berketuakan mereka. 


Ciri-ciri personaliti yang mempunyai daya tarikan tinggi kepada orang di sekeliling adalah:


1. Manis mulut, pandai mengucapkan kata-kata yang menyejukkan jiwa orang yang mendengarnya.


2. Baik hati dan pemurah, suka menolong orang. 


3. Pandai mengenang budi, dan pandai membalas budi.


4. Suka berkongsi ilmu pengetahuan dan kepandaian.


5. Sentiasa bercakap yang baik-baik tentang orang-orang lain, dan merahsiakan aib mereka.


Ke mana-mana mereka pergi mereka mudah mendapat kenalan dan kawan-kawan baru. Itu membolehkan mereka membina networking yang banyak dan luas.


saya copy dari petikan Puan Ainun Mohd



0 ulasan:

Catat Ulasan